Home » » DORM MELATI ( 2017 )

DORM MELATI ( 2017 )


                  MUAT TURUN FILEM DORM MELATI

SINOPSIS


Dorm Melati mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Melati Putih (Julia Marin) telah menghantui dorm tersebut setelah kematiannya. Kematiannya sehingga kini menjadi tanda tanya dan kakak Melati, Rose (Sabrina Ali) telah menjadikan Dorm Melati sebagai tempat 'Summer Camp' selepas kematian adiknya. Terdapat pelbagai sumber mengatakan bahawa dorm ini berhantu dan sesiapa sahaja yang datang ke sini akan diganggu.

Ini menyebabkan Adam (Aedy Ashraf) teruja untuk ke sini. Oleh itu, Adam telah merancang untuk ke Dorm Melati selepas tamat peperiksaan STPM bersama 4 orang lagi sahabat baiknya Zafira (Nadia Aqilah), Eddy (Aizat Hassan), Raihana (Ardell Aryana) dan Carol (Syaa Nasir). Ketika di sana, mereka mula mendapat gangguan seorang demi seorang sehingga mereka tertekan dan cedera. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Zafira hilang secara tiba-tiba di hadapan mereka.

Siapakah sebenarnya Melati? Bagaimanakah kematian Melati yang sebenarnya? Adakah benar roh Melati mengganggu mereka yang berada di dorm tersebut? Dapatkan mereka yang lain mencari Zafira semula? Dapatkah mereka keluar dari Dorm Melati ini dengan selamat? 
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Horror Territory
Distributed By Gooyaabi Templates