Home » » HANTU GANSTER ( 2012 )

HANTU GANSTER ( 2012 )


SINOPSIS 

Sinopsis dan Trailer Hantu Gangster | Pengarah filem ini, Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namawee mengakui filem kedua arahannya berjudul Hantu Gangster diilhamkan daripada cerita gangster daripada datuknya sendiri. Katanya cerita tersebut turut diangkat daripada kisah sebenar datuknya yang pernah berhadapan dengan ahli gangsterism satu ketika dulu.
Barisan Pelakon Hantu Gangster | Selain mengarah, Namawee turut membintangi Hantu Gangster yang membariskan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Noh Hujan, Mizz Nina, Amber Chia dan ramai lagi. Selain mengarah, Namawee turut sama membintangi filem ini.
Sinopsis Hantu Gangster | Hantu Gangster mengisahkan mengenai Te Sai (Namewee) yang merupakan seorang bapa kepada anak lelaki yang berusia 12 tahun. Hidup mereka sangat susah. Kerana terdesak, di satu upacara pengebumian ketua kumpulan gangster atau samseng, dia telah mencuri sebentuk cincin milik si mati. Akibat mencuri cincin tersebut, dia telah dihantui oleh 3 roh ketua kumpulan gangster yang meminta bantuannya supaya menghentikan satu bencana jahat yang diramalkan akan tercetus. Te Sai yang licik dan enggan melibatkan dirinya dengan sebarang masalah berusaha untuk meloloskan diri daripada dibelenggu permasalahan tersebut namun akhirnya dia berjaya menemui keberanian untuk melaluinya.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Horror Territory
Distributed By Gooyaabi Templates