Home » , » RASUK ( 2011 )

RASUK ( 2011 )



SINOPSIS

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati sering berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu.  Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.  Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Doktor berpendapat bahawa Melati memiliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan diri. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru telah menuduh semua yang berlaku adalah angkara Pak Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menafikan kerana Pak Mail adalah orang yang membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.
Pak Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu keadaan Melati semakin serius, dan akhirnya dia dibantu oleh Ustaz untuk menghilangkan gangguan tersebut. Ustaz sememangnya dari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut setelah melihat  perkara-perkara ganjil yang  berlaku terhadap Arman dan Melati. Pak Mail akhirnya membongkarkan misteri banglo Melayu lama itu.
Akhirnya dengan bantuan Ustaz, berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu kehidupan Arman dan Melati tewas.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Horror Territory
Distributed By Gooyaabi Templates